Jeritan Anak Jadi Detik Cemas Insiden Lemas Di Pantai Kandis

Jeritan seorang kanak-kanak meminta tolong menjadi detik permulaan tragedi yang menggemparkan Pantai Kandis di Bachok, petang tadi.

Mohd Ezad Abu Hassan, 40, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, beliau terdengar anaknya, Mohd Ali Al Imran, 12, menjerit meminta bantuan selepas dipercayai ditarik arus ke tengah laut ketika mandi bersama beberapa ahli keluarga.

Menurutnya, ketika itu beliau melihat anaknya serta adik iparnya, Ahmad Nurruddin Abdul Wahab, 21, dalam keadaan tenggelam timbul.

“Saya dan seorang lagi adik ipar, Ahmad Badrul Naim Abdul Wahab, 32, terus terjun ke laut untuk menyelamatkan mereka.

“Saya sempat capai anak dan bawa ke darat, tetapi apabila menoleh semula ke laut, kedua-dua adik ipar sudah hilang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau memaklumkan ketika kejadian, ombak agak kuat dan kawasan berkenaan mempunyai kedalaman yang berbahaya.

Sementara itu, ibu kepada kedua-dua mangsa, Sawidah Mamat, 65, berkata mereka bersama kira-kira 20 ahli keluarga berkelah di pantai tersebut sempena cuti umum.

Menurutnya, Ahmad Badrul yang juga pegawai bomba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di Pulau Pinang hadir bersama isteri dan dua anak kecil.

Ahmad Nurruddin pula difahamkan baharu tamat pengajian di Kolej Teknologi Termaju (ADTECH) Jabatan Tenaga Manusia Kampus Kedah dan tiba di kampung halaman pada pagi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan