Lelaki Maut MPV Terbalik Dan Terbakar Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Pasir Puteh

Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya melanggar pokok sebelum terbalik dan terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh, awal pagi semalam.

Mangsa, Kang Kheng An, 51, dari Kampung Berangan, Tumpat, yang memandu kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum terbabas.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kenderaan.

Komander Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II Hasmeejohn Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.00 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera Fira Rescue Tender dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Terdapat kemalangan membabitkan tiga kereta dan salah satu daripadanya terbalik serta terbakar. Mangsa lelaki tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Dua lagi kenderaan yang terlibat iaitu Perodua Myvi dan Toyota Camry, dengan kedua-dua pemandunya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.


Operasi menyelamat dan pemadaman kebakaran berjaya dikawal sebelum keadaan kembali selamat.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Bangsal Tersembunyi Dalam Semak Di Pasir Mas Rupa-Rupanya Stor Dadah
|
Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas Pasukan Gerakan Am…
55 Pelajar Tahfiz Bachok Tawan Tiga Puncak Gunung Stong Sambil Khatam Al-Quran
|
Seramai 55 pelajar Maahaad Tahfiz Sains Al-Muhammadi (MTSM) Nipah…
Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!