Penunggang Motosikal Digilis Treler Dalam Nahas Tiga Kenderaan Di Besut

Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak ke laluan bertentangan sebelum digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu, berhampiran Kampung Gerai, Besut pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Faris Harun, 33, yang menunggang motosikal jenis Demak EVO disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan bermula apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berhenti di simpang tiga untuk membelok ke kanan.

Langgar Kereta, Tercampak Sebelum Digilis Treler

Menurut beliau, motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang dipercayai melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta berkenaan.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta berkenaan.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah treler kontena jenis Mercedes-Benz yang datang dari arah hadapan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Rozaime berkata, pemandu kereta dan pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat Dihantar Ke Hospital Besut

Mangsa yang beralamat di Kampung Telaga Nibong, Jerteh dihantar ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat.

Hasil laporan mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat kemalangan jalan raya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam masa sama, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan lebih berhati-hati ketika memandu.

“Pastikan jarak selamat antara kenderaan sentiasa dijaga bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Dua Anggota Tentera Maut Dipercayai Terkena Letupan Bom Semasa Latihan
|
Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai terkena letupan bom…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!