62 Pangkalan Haram Di Sempadan Kelantan–Thailand Sudah Dirobohkan

Sebanyak 62 pangkalan haram di sepanjang sempadan Kelantan–Thailand telah berjaya dirobohkan setakat semalam menerusi tindakan tegas pasukan keselamatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kerja-kerja perobohan baki pangkalan haram masih diteruskan dan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Menurut beliau, pihak berkuasa telah mengenal pasti sebanyak 223 pangkalan haram di sepanjang sempadan Kelantan, membabitkan 216 di tanah milik kerajaan dan tujuh di tanah persendirian.

“Daripada jumlah pangkalan haram di tanah kerajaan, 120 pangkalan adalah tidak berstruktur, manakala 96 lagi pangkalan berstruktur. Sehingga kini, 62 pangkalan berstruktur sudah berjaya dirobohkan hasil tindakan tegas pasukan keselamatan.

“Pangkalan haram berstruktur yang masih wujud, khususnya di Tumpat, diberi keutamaan untuk tindakan segera tanpa sebarang kompromi dan dijangka selesai dalam tempoh seminggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd Yusoff menegaskan, pangkalan haram yang telah dirobohkan sama sekali tidak boleh dan tidak akan dibenarkan dibina semula.

Sebarang kegagalan mengawal kawasan yang telah dibersihkan, katanya, akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada kepimpinan di peringkat daerah dan jabatan.

“Kita sedia maklum sempadan Malaysia–Thailand bukan sekadar garis di peta, tetapi laluan kepada pelbagai jenayah rentas sempadan seperti dadah, senjata, penyeludupan manusia dan barang terlarang.

“Justeru, perobohan pangkalan haram di sepanjang sempadan ini bukan kerja bermusim, tetapi perang senyap dalam mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Tambah beliau, tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menjadikan bumi Kelantan sebagai laluan jenayah.

Menurutnya, kerjasama antara agensi perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh, konsisten dan memberi kesan jangka panjang dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan.


“Pendekatan polis berteraskan komuniti juga perlu diperkasa bagi mendapatkan sokongan serta maklumat masyarakat, namun perlu ditegaskan bahawa mesra rakyat tidak bermaksud berlembut terhadap pelanggaran undang-undang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan