Kawat Berduri Dipasang Di Pangkalan Haram Sungai Golok Bagi Sekat Jenayah Sempadan

Pagar kawat berduri atau concertina wire mula dipasang di sekitar pangkalan haram di sempadan Malaysia–Thailand berhampiran tebing Sungai Golok sebagai usaha membendung jenayah rentas sempadan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, fasa pertama operasi itu dimulakan di pangkalan haram Parking di pekan Rantau Panjang ke Pos Ibrahim Pencen sejauh 1.5 kilometer.

“Kawat berduri berkenaan akan dipasang di 26 lokasi pangkalan haram yang dirobohkan oleh agensi keselamatan sebelum ini.

“Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi pelaksanaan projek ini,” katanya kepada pemberita selepas memeriksa pagar kawat berduri yang telah siap dipasang di pangkalan haram Parking, Rantau Panjang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dan Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain


Turut hadir Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Datuk Mohd A. Aruwan Ab Aziz.

Mohd Yusoff berkata, fasa seterusnya akan diselesaikan secara berperingkat dan kerja-kerja pemasangan dijangka siap sebelum Ramadan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihak berkuasa juga akan bertindak tegas dengan menyita mana-mana perahu yang digunakan untuk membawa penumpang atau barangan melalui laluan tidak sah di tebing Sungai Golok sebagai langkah memperketat kawalan di sempadan Malaysia–Thailand.


“Sebelum ini, kita hanya merampas barangan atau menahan mana-mana individu yang menggunakan laluan tidak sah, namun kali ini kita bertindak tegas dengan menyita perahu atau bot yang digunakan.

“Hasil operasi yang dijalankan pada minggu lepas, kita telah menyita sebuah bot dipercayai milik seorang warga Thailand dan kes disiasat mengikut pelbagai kesalahan termasuk di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!