Bintang Filem Ong-Bak, Tony Jaa Berjuang Lawan Kanser Tahap Tiga

Peminat dari seluruh dunia membanjiri media sosial dengan mesej sokongan buat bintang aksi terkenal Thailand, Tony Jaa atau Jaa Phanom, selepas didedahkan beliau sedang bertarung dengan kanser pundi hempedu.

Kebimbangan mula tercetus selepas pelakon berusia 49 tahun itu memuat naik beberapa gambar di Instagram yang menunjukkan perubahan fizikal ketara apabila kelihatan semakin susut.

Seorang individu rapat dengan Tony Jaa memaklumkan kepada Nine Entertain bahawa beliau didiagnosis menghidap kanser pundi hempedu tahap tiga, hampir ke tahap empat, hampir dua tahun lalu.

Menurut sumber itu, Tony Jaa mendapatkan rawatan perubatan selepas mengalami sakit perut yang teruk serta jaundis yang menjejaskan kulit dan matanya. Pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan kanser pundi hempedu.

Beliau telah menjalani pembedahan bagi membuang tisu malignan dan kini menjalani rawatan kemoterapi secara berterusan.

Sumber sama memaklumkan keadaan keseluruhan Tony Jaa semakin baik, beliau kini lebih kuat serta bersenam setiap hari, namun masih berada di bawah pemantauan perubatan rapi. Keluarganya juga dikatakan memberi penjagaan sepenuhnya sepanjang proses rawatan.

Maklumat lanjut mengenai keadaannya dijangka akan dijelaskan sendiri oleh Tony Jaa dan keluarganya dalam masa terdekat.



Tony Jaa mula mencipta nama di peringkat antarabangsa menerusi filem Ong-Bak (2003) dan Tom-Yum-Goong (2005). Beliau kemudiannya membina reputasi global melalui filem seperti Furious 7 (2015), xXx: Return of Xander Cage (2017), Paradox (2017), Master Z: Ip Man Legacy (2018), Triple Threat (2019) dan Detective Chinatown 3 (2021).

Sumber: Khaosod English

SHARE:

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!