Wakil Rakyat Tular Bermain ‘Game’ Dan Merokok Ketika Mesyuarat Berkaitan Kesihatan

Nama Ahmad Syahri Assidiqi kini menjadi perhatian warga Indonesia apabila video memaparkan dirinya sedang bermain permainan video di telefon sambil merokok ketika menghadiri satu mesyuarat rasmi di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Jember tular di media sosial.

Untuk makluman, DPRD di Indonesia adalah institusi seperti DUN/majlis perwakilan rakyat peringkat daerah yang berperanan menggubal dasar serta membincangkan isu pentadbiran setempat.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada Isnin ketika mesyuarat Komisi D DPRD Jember, yang membincangkan isu perkhidmatan kesihatan di Kabupaten Jember (Daerah Jember, Wilayah Jawa Timur, Indonesia), termasuk isu stunting (masalah bantut tumbesaran kanak-kanak akibat kekurangan zat).

Mesyuarat tersebut turut dihadiri beberapa pihak termasuk Dinas Kesihatan Kabupaten Jember (Jabatan Kesihatan daerah), wakil BPJS Kesihatan (agensi insurans kesihatan kerajaan Indonesia seperti sistem perlindungan kesihatan awam), serta semua Ketua Puskesmas.

Puskesmas pula merujuk kepada pusat kesihatan kerajaan di Indonesia, iaitu seperti klinik kesihatan yang menyediakan rawatan asas kepada penduduk setempat.

Dalam rakaman tersebut, Ahmad Syahri dilihat duduk di ruang mesyuarat sambil memegang telefon, bermain permainan video serta merokok ketika sesi perbincangan sedang berlangsung.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkannya sebagai tidak wajar memandangkan agenda dibincangkan berkait rapat dengan kepentingan kesihatan rakyat.

Dikenali Antara Wakil Rakyat Termuda

Berdasarkan maklumat daripada laman rasmi DPRD Jember, Ahmad Syahri Assidiqi merupakan ahli DPRD Jember daripada Fraksi Gerakan Indonesia Raya (Gerindra).

Dalam profil rasmi, beliau turut disenaraikan memiliki kelulusan Sarjana Ekonomi (SE).

Ahmad Syahri juga dilaporkan anak sulung kepada bekas anggota DPR-RI (Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia) bagi tempoh 2019-2024, Achmad Fadil Muzakki Syah.

Beliau sebelum ini turut menjadi perhatian semasa pelantikan DPRD Jember bagi penggal 2024-2029 kerana dikatakan antara wakil rakyat termuda yang berjaya terpilih.

Insiden berkenaan sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai etika wakil rakyat ketika menghadiri mesyuarat rasmi, lebih-lebih lagi apabila isu dibincangkan melibatkan kepentingan awam.

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!