Vijay Arah Tutup 717 Kedai Arak Di Seluruh Tamil Nadu

Kerajaan Tamil Nadu mengambil langkah tegas apabila Ketua Menteri negeri itu, Joseph Vijay, mengarahkan penutupan 717 kedai arak milik syarikat kerajaan, TASMAC, selepas didapati beroperasi terlalu hampir dengan kawasan sensitif seperti sekolah, rumah ibadat dan stesen bas.

Menurut laporan, kesemua premis berkenaan dikenal pasti berada dalam lingkungan 500 meter dari kawasan awam yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Susulan itu, kerajaan negeri memaklumkan semua premis yang terlibat diarahkan menghentikan operasi dalam tempoh dua minggu.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas pihak berkuasa menjalankan semakan lokasi kedai arak di beberapa daerah yang sebelum ini pernah mencetuskan bantahan penduduk setempat.

Kurangkan Pendedahan Alkohol Dalam Kalangan Pelajar

Kerajaan Tamil Nadu menjelaskan, tindakan itu diambil bagi mengurangkan pendedahan masyarakat terhadap alkohol, terutama dalam kalangan pelajar dan golongan muda.

Selain itu, penutupan tersebut turut bertujuan meningkatkan keselamatan awam serta mengurangkan gangguan sosial yang sering dikaitkan dengan kewujudan kedai arak di kawasan berpopulasi padat.

Difahamkan, TASMAC merupakan syarikat milik kerajaan Tamil Nadu yang mengawal sepenuhnya penjualan minuman keras di negeri berkenaan.

Secara keseluruhan, TASMAC mengendalikan 4,765 kedai arak di seluruh Tamil Nadu, dengan 276 kedai terletak berhampiran rumah ibadat, 186 kedai berdekatan institusi pendidikan dan 255 kedai lagi sekitar kawasan stesen bas.

Sebelum ini, pertubuhan sosial serta kumpulan agama turut mendakwa kewujudan premis tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap persekitaran komuniti.

Sebahagian Janji Politik TVK

Arahan terbaru itu turut dilihat sebagai sebahagian daripada usaha pentadbiran Vijay untuk memenuhi janji politik partinya, TVK, yang sebelum ini berikrar mahu memperketat kawalan terhadap penjualan alkohol di Tamil Nadu.

Keputusan itu mendapat perhatian meluas kerana melibatkan jumlah penutupan kedai arak dalam skala besar.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!