Bazar Tok Guru Kota Bharu ‘Lingkup’, Peniaga Tutup Premis Akibat Jualan Merudum

Urus niaga di Bazar Tok Guru, Kota Bharu bukan lagi disifatkan sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’, sebaliknya boleh dikatakan sudah ‘lingkup’ apabila ramai peniaga mendakwa terpaksa menutup premis jualan, lapor Utusan.

Situasi itu susulan jualan di premis berkenaan yang jatuh mendadak, selain peniaga turut berdepan tunggakan sewa kedai yang gagal dilunaskan akibat kekurangan pelanggan.

Tinjauan mendapati kebanyakan peniaga lebih banyak berehat sambil termenung menanti kehadiran pelanggan, dalam keadaan persekitaran bazar yang semakin lengang.

Sebahagian peniaga turut mengakui terpaksa berdepan persaingan hebat dengan jualan secara dalam talian, yang menyebabkan pelanggan semakin kurang hadir secara fizikal ke premis jualan.



Keadaan itu menjadikan ramai peniaga tidak lagi mampu menampung kos operasi, seterusnya memaksa sebahagian daripada mereka mengambil keputusan menutup premis perniagaan masing-masing.

Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

Penganggur Serang Polis Mengaku Bersalah Miliki Parang Depan Pintu UiTM Machang
|
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu…
[VIDEO] “Jika Diberi Peluang Saya Pun Nak Lepak Disana” – ADUN Melor
|
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam sedikit hangat…
Kelantan Rancang Tambah Lokasi Riadah, Aktiviti Permotoran Untuk Bendung ‘Mat Rempit’
|
Kerajaan Negeri Kelantan merancang menyediakan lebih banyak lokasi riadah…
Kelantan Umum Pakej Rangsangan Ekonomi RM2 Juta Kepada Rakyat
|
Kerajaan negeri Kelantan semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat…
Buruh Ladang Proses Air Ketum Dalam Hutan Sejak 2 Tahun
|
Demi mengaut keuntungan RM30 seliter, seorang buruh ladang sanggup…
Prof Dari Malaysia Cipta Kaki Palsu Mesra Muslim Pertama Dunia
|
Hilang kaki bukan lagi alasan untuk terputus harapan, apabila…
Jawatan Kosong Kelantan