[VIDEO] Menjijikkan! Kedai Nasi Kandar Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Diguna Semula

Sebuah kedai nasi kandar di Seremban didakwa membasuh lebihan makanan yang telah dihidangkan kepada pelanggan sebelum digunakan semula pada keesokan harinya.

Kejadian meloyakan itu dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa menyaksikan sendiri perbuatan berkenaan di belakang premis terbabit kira-kira jam 12.18 tengah malam pada Selasa.

Menurut individu berkenaan, dia melihat seorang pekerja sedang mencuci baki makanan seperti daging ayam, daging kambing dan tauhu yang jelas merupakan lebihan masakan, sebelum diasingkan ke dalam dulang.

“Saya melihat seorang pekerja sedang mencuci baki makanan seperti daging ayam, daging kambing, tauhu yang jelas merupakan lebihan masakan, kemudian diasingkan ke dalam dulang,” katanya.

Dia mendakwa telah menegur perbuatan pekerja tersebut dan dimaklumkan bahawa baki makanan berkenaan dicuci untuk digunakan semula pada keesokan hari.

Menurutnya, perbuatan itu tidak boleh diterima dan boleh membahayakan kesihatan orang awam.

“Pada mulanya, rakan pekerja lain cuba mengelirukan saya dengan jawapan yang tidak jujur, namun akhirnya tersasul dan mengaku bahawa makanan tersebut memang akan dimasak semula dan dikatakan ‘tidak bahaya’.

“Saya ingin tegaskan bahawa perbuatan ini langsung tidak beretika, tidak selamat dan sangat menjijikkan,” katanya.

Dia turut berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan percaya perbuatan seperti itu bukan kali pertama berlaku di premis tersebut.



Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zuraida Mohamed memaklumkan pihaknya akan mengarahkan pegawai terlibat untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

@suriamalaysia

SEREMBAN: Satu kejadian yang mengejutkan orang awam dilaporkan berlaku di sebuah premis nasi kandar. Menurut seorang saksi, dia mendakwa melihat seorang pekerja di bahagian belakang premis berkenaan sedang mencuci sisa makanan seperti daging ayam, daging kambing, tauhu dan ayam yang dipercayai merupakan lebihan masakan, sebelum diasingkan ke dalam dulang. Apabila ditegur, pekerja tersebut memaklumkan bahawa makanan berkenaan dicuci untuk digunakan semula pada keesokan hari. Dakwaan itu kemudiannya disahkan oleh rakan sekerja lain selepas percubaan awal memberikan penjelasan yang mengelirukan. Kredit: Silohna King #buletindisuria #suriamalaysia

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) - PONCHET



Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!