Corak Seakan Kalimah Allah, Lembu Bitara Di Tumpat Ditawar Hingga RM30,000

Seekor lembu jantan kacukan Kedah-Kelantan yang diberi nama Bitara menjadi perhatian ramai apabila memiliki corak pada badannya yang dipercayai seakan-akan membentuk kalimah ALLAH, lapor Sinar Harian.

Lebih menarik, lembu berkenaan turut menjadi rebutan sehingga 20 pembeli dilaporkan berminat untuk mendapatkannya, malah ada yang sanggup menawarkan harga mencecah RM30,000.

Pemilik Khir Bitara Farm, Muzakkir Mansor, 41, dari Kampung Pulau Raja, Sungai Pinang, Palekbang, Tumpat berkata, pada awalnya dia dan rakan kongsinya, Che Mohd Faizul Che Abdullah, 41, tidak menyedari kewujudan corak tersebut pada haiwan berkenaan.

Tidak Sedar Corak Kalimah

Menurut Muzakkir, lembu itu dibeli kira-kira enam bulan lalu dari Bendang Pak Yong bersama pembelian lembu lain untuk tujuan jualan korban sempena Aidiladha.

“Kami beli lembu dalam jumlah yang banyak enam bulan lalu. Jadi tidak perasan tentang perkara tersebut sehinggalah haiwan ternakan ini dibuka untuk jualan sambutan Aidiladha.

“Ada pelanggan datang ke ladang dan perasan tentang perkara ini. Sejak itu ia mula menjadi perhatian,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Elak Tular Di Media Sosial

Muzakkir berkata, pihaknya tidak berkongsi gambar lembu itu di media sosial kerana bimbang ia menjadi tular dan mengundang kehadiran ramai orang yang mahu melihatnya dari dekat.

lembu kalimah Allah

Foto: Hazelen Liana Kamarudin | Sinar Harian


Difahamkan, lembu tersebut kini berusia lebih tiga tahun dengan berat kira-kira 280 kilogram, dan dibeli pada harga RM3,000.

Belum Berhasrat Menjual

Walaupun menerima pelbagai tawaran lumayan, Muzakkir memaklumkan mereka masih belum berminat untuk menjual Bitara buat masa ini.

“Setakat ini kami belum puas lagi melihat Bitara. Mungkin ia akan disembelih untuk kenduri, jamu orang ramai makan atau pun dagingnya disedekahkan. Bergantung kepada keadaan akan datang,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Peniaga Pasar Malam Di Kelantan Henti Niaga Untuk Solat Maghrib Berjemaah Raih Pujian
|
Suasana pasar malam di Lundang di Kota Bharu mencuri…
Dapat Mertua T20 Dari Kelantan, Wanita Kongsi Kisah Sebelum Dan Selepas Kahwin
|
Bukan semua kisah mertua dan menantu dipenuhi konflik. Seorang…
Anak Tukang Kebun Sekolah Dari Bachok Raih PNGK 4.00 Dalam STPM
|
Dua kali gagal dalam temuduga Institut Pengajian Guru (IPG)…
“Saya Mahu Hafaz Al-Quran” Mazraoui Bakal Bersara Awal Selepas Piala Dunia 2026
|
Pemain pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui mengejutkan ramai peminat bola…
Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Sepupu Hilang Di Kota Bharu
|
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan…
Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!