Kerja Baiki Cerun Jalan Gua Musang–Lojing Dijangka Bermula Awal Mac

Jabatan Kerja Raya (JKR) menjangkakan kerja pembinaan dan pembaikan cerun di Kilometer 45 Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Pos Blau akan bermula pada awal Mac ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya memahami kesulitan yang dihadapi pengguna jalan raya serta penduduk setempat susulan penutupan laluan berkenaan.

Menurutnya, pada 30 Januari lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memberikan kelulusan kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), JKR untuk melaksanakan kerja pembaikan secara segera melalui Arahan Kerja (AK), yang akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

“Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd, iaitu kontraktor jangka panjang yang dilantik, akan membantu kerajaan melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun berdasarkan keperluan serta kelulusan oleh KKR.

“Kerja-kerja awalan melibatkan penyiasatan tapak, ukur tanah serta reka bentuk terperinci akan dimulakan segera,” katanya.

Beliau berkata, kerja pembinaan dijangka bermula pada awal Mac ini dengan pembinaan laluan lencongan sementara atau Temporary Road Diversion (TRD) akan dilaksanakan terlebih dahulu bagi membolehkan laluan tersebut dibuka semula kepada pengguna jalan raya.

Alexander berkata demikian ketika ditemui selepas melawat tapak projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3BC, di sini, hari ini.



Sebelum ini, media melaporkan pergerakan air bawah tanah dipercayai menjadi punca runtuhan jalan di Kilometer 45 Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Pos Blau, yang berlaku pada 3 Disember lalu.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Tunggakan Bil Rawatan Warga Asing Di Hospital KKM Cecah RM100 Juta
|
Tunggakan bil rawatan melibatkan warga asing di hospital dan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!