Dua Parah Dalam Kemalangan Libatkan Perodua Alza Dan Honda City Di Gua Musang

Dua individu mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.00 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza dan sebuah Honda City.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Nik Mohd Fakri Md Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.18 pagi sebelum sepasukan anggota dari Pasukan C Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat dua mangsa di dalam Perodua Alza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dewasa yang mengalami kecederaan parah akibat impak pertembungan.

“Manakala pemandu Honda City, seorang lelaki dewasa, hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu laporan pagi ini.

Pasukan penyelamat bertindak pantas memberikan rawatan awal di lokasi sebelum kesemua mangsa dihantar ke hospital.

Dua mangsa lelaki dibawa menggunakan jentera EMRS Bomba, manakala mangsa wanita yang parah dihantar ke Hospital Gua Musang menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan kritikal.



Operasi ditamatkan selepas pasukan bomba membersihkan sisa kemalangan bagi memastikan laluan selamat untuk pengguna jalan raya lain.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan