Tak Sempat Hadir Kursus Di KL, Tiga Rakan Sekerja Maut Dalam Nahas Di Gua Musang

Hasrat tiga rakan sekerja untuk menghadiri kursus di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah van di Kilometer 55 Jalan Gua Musang–Kuala Krai, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari itu, Nik Razizi Nik Rahim, 55, yang merupakan CEO sebuah syarikat bersama dua pekerjanya, Mohamed Saiful Kamaruzaman, 33, dan Nik Azmi Nik Othman, 47, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah.

Ketiga-tiga mangsa merupakan CEO dan pekerja di syarikat Refueller Runway Fuels Sdn Bhd dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pemandu MPV itu, Nik Mohd. Faizol Nik Abd. Aziz, 42, yang merupakan pembantu am atau pengisi minyak (refueller) bagi syarikat tersebut selamat apabila mengalami kecederaan pada bahagian kaki, paha dan kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV jenis Nissan Serena dari Kota Bharu dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“MPV tersebut memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah van jenis Toyota Hiace yang datang dari arah bertentangan. Kemalangan itu menyebabkan MPV tersebut berpusing sebelum merempuh tembok batu penghadang jalan di kiri jalan menghala ke Gua Musang,

“Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu van tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran,” katanya kepada pemberita.

Van Toyota Hiace kemalangan Gua Musang



Choon Foo memberitahu, tiga mangsa yang merupakan penumpang MPV itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu van Toyota Hiace, Mohammad Ridhwan Mohd. Zawawi, 27, patah tangan dan kaki. Penumpang van itu pula, Hasuzi Abdullah, 48, cedera parah dengan mengalami pendarahan dalam otak.

Mayat semua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Polis turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang.



Sumber: Sinar Harian, Kosmo

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!