Mekanik Di Tanah Merah Putus Kaki, Pendingin Hawa Kereta Tiba-tiba Meletup

Seorang mekanik berusia 31 tahun mengalami kecederaan parah apabila kaki kanannya putus selepas pendingin hawa sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba meletup di sebuah bengkel di Kampung Air Merbo Dalam, Tanah Merah.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.03 pagi Jumaat itu, mangsa dipercayai sedang membaiki sistem pendingin hawa kenderaan berkenaan sebelum berlaku letupan secara tiba-tiba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang, Pegawai Bomba Kanan I Mat Nuri Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.03 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi dan mendapati berlaku kejadian letupan pada sebuah kereta Perodua Kancil di dalam bengkel terbabit.

“Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Tanah Merah selepas solat Jumaat,” katanya.

Beliau memaklumkan pemantauan keselamatan telah dibuat dan keadaan di lokasi disahkan terkawal sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.40 pagi.

Kes kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Asisten Komisioner Mohd Haki Hasbullah mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Diarah Bela Diri 46 Pertuduhan Rasuah
|
Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin memerintahkan bekas Ketua Polis…
3 Pekerja Dikurung Hampir Tiga Minggu, Kaki Dirantai Selepas Disyaki Curi Barangan Syarikat
|
Tiga pekerja sebuah syarikat percetakan didakwa dikurung selama hampir…
Wanita Kelantan Pilih Lelaki Asing Sebagai Suami, Beri Elaun, Peluang Berniaga
|
Semakin ramai wanita di Kelantan, khususnya golongan janda dan…
Remaja 18 Tahun Ditahan Bersama Sejumlah Haiwan Dilindungi Di Tumpat
|
Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan selepas dipercayai memelihara…
Hafizah 30 Juzuk, Bekas Pelajar Pondok Cemerlang STPM
|
Seorang pelajar pondok dan hafizah 30 juzuk al-Quran membuktikan…
[VIDEO] Saintis Amerika Kongsi Khasiat Durian, Puji Durian Malaysia Antara Yang Terbaik
|
Seorang ahli kimia organik dari Amerika Syarikat, Dan Gubler,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!