Ikut terlalu rapat, bas bawa 34 murid dan enam guru rempuh lori di Kuala Krai

KUALA KRAI – Sebuah bas persiaran yang membawa 34 pelajar dan enam guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunong, Bachok berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu–Gua Musang, berdekatan Eco Park, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu tidak membabitkan sebarang kecederaan sama ada kepada penumpang bas mahupun pemandu lori terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands sebelum melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.



“Kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu bas yang mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat dan gagal membrek sehingga menyebabkan pelanggaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian, Harian Metro

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!