Kelantan Miliki Tanah Rizab Melayu Terluas Negara, Cecah 1.36 Juta Hektar

Kelantan terus mengungguli carta negeri dengan keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) tertinggi di Malaysia apabila merekodkan sebanyak 1.36 juta hektar pada tahun 2024.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan, kedudukan itu meletakkan Kelantan jauh di hadapan negeri lain termasuk Perak yang mencatatkan keluasan 953,212.43 hektar, Kedah (809,142.22 hektar) dan Johor (561,802.6 hektar).

Menurut data rasmi, Pahang pula memiliki 444,074.9 hektar TRM diikuti Negeri Sembilan (224,483.22 hektar), Selangor (164,743.96 hektar), Perlis (33,554.48 hektar) dan Kuala Lumpur (1,004 hektar).

Bagi Terengganu, keluasan TRM direkodkan sebanyak 2,378.89 hektar, manakala tanah pegangan Melayu di negeri itu berjumlah 401,129 hektar.

Maklumat itu dikemukakan NRES menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, sebagai respons kepada pertanyaan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) berhubung pecahan keluasan TRM mengikut negeri, perubahan keluasan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini serta langkah kerajaan bagi memastikan pemeliharaan dan perlindungan status tanah berkenaan.

Menurut NRES, keluasan keseluruhan TRM di Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan bersih sebanyak 135,063.46 hektar kepada 4.95 juta hektar berbanding 4.82 juta hektar bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2020.

Bagaimanapun, angka tersebut tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu (ERM).

Dalam aspek pengurusan dan perlindungan TRM, NRES memaklumkan ia tertakluk kepada beberapa kerangka undang-undang utama termasuk Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan perlindungan khas serta keperluan penggantian tanah setara sekiranya berlaku pembatalan pengisytiharan.



Selain itu, ia turut melibatkan Enakmen Rizab Melayu (ERM) negeri-negeri berkaitan serta Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828], yang mengawal selia pentadbiran tanah termasuk pendaftaran hak milik, kepentingan, serta penyelarasan dasar tanah di peringkat Persekutuan melalui Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN).

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!