Mulai 2027, Prasekolah Pada Umur 5 Tahun, Darjah 1 Umur 6 Tahun.

Kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan murid ke Tahun Satu seawal usia enam tahun bermula 2027, manakala pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata langkah itu bertujuan memastikan kanak-kanak menerima pendidikan formal lebih awal selari dengan keperluan semasa sistem pendidikan negara.

Menurut beliau, pelaksanaan pada 2027 belum bersifat wajib, namun ibu bapa diberikan pilihan untuk menghantar anak lebih awal ke sekolah.

“Maknanya 2027 kita belum bersedia untuk mewajibkan, tetapi ibu bapa mempunyai pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2036 yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.



Dalam perkembangan sama, Anwar turut memaklumkan kerajaan akan memilih lima sekolah kebangsaan di setiap daerah di seluruh negara untuk diangkat sebagai Sekolah Inspirasi di bawah program Reformasi Sekolah.

Menurutnya, tumpuan utama inisiatif berkenaan adalah terhadap kecekapan pengurusan sekolah serta peningkatan taraf prasarana bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Sumber: Buletin TV3

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan