‘Saya cuba capai tangannya tapi tak sampai, anak terus hilang di depan mata’

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika bermandi-manda bersama keluarganya di Pantai Kemayang, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu, mangsa, Muhamad Irfan Mohd Afendi, dikatakan hilang dibawa arus ombak di depan mata ayahnya, Mohd Afendi Ya, 44.

Menurut Mohd Afendi, beliau bersama isteri, Kartini Mahmood, 44, serta dua anak mereka datang ke pantai berkenaan bagi memenuhi permintaan Muhamad Irfan yang mahu mandi pantai kerana dijadualkan berkhatan pada minggu depan.

“Kami sudah hendak balik ketika memanggil Muhamad Irfan. Kami melihat dia semakin lama semakin jauh dipukul ombak.

“Dia terkapai-kapai melambai tangan… saya cuba mencapai tangannya tetapi tidak sampai sebelum anak terus hilang di depan mata,” katanya ketika ditemui pemberita di pantai berkenaan, pada Selasa.

Sementara itu, Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mohd Khairul Fais Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.14 malam.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan melibatkan lebih 30 anggota bomba, termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Pengkalan Chepa serta bomba sukarela, selain sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan kenderaan pacuan empat roda.

Menurut beliau, setakat ini pasukan melakukan pencarian di kawasan pesisir pantai dengan radius keluasan sehingga lima kilometer sejak petang semalam.

BACA: Tragedi Pantai Kemayang: Mayat kanak-kanak ditemui sejauh 1.5 kilometer

“Kita akan melakukan selaman pagi esok (hari ini) kerana keadaan ombak yang kuat dan berisiko pada waktu ini. Hingga kini, tiada petunjuk baharu ditemui,” katanya.



Tambah beliau, Pusat Kawalan Bomba (PKB) turut dibuka di pantai berkenaan bagi menyelaras operasi SAR murid tahun tiga itu.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan