Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kemayang

Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kemayang pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 6.45 petang itu, mangsa, Muhamad Irfan Mohd Afendi, 9, dipercayai telah dihanyutkan ombak besar ketika berada di pantai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 malam sebelum sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, operasi carian di permukaan terus dijalankan oleh anggota terlibat bagi mengesan mangsa.

“Pada jam 7.42 malam, kami telah memohon bantuan daripada Balai Bomba Pengkalan Chepa untuk membantu operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Nor Suzilawati Nor Rashid, 24, berkata ketika kejadian, kanak-kanak berkenaan sedang mandi bersama adiknya yang berusia 12 tahun, manakala ibu dan bapa mereka berada berhampiran lokasi.

BACA: Tragedi Pantai Kemayang: Mayat kanak-kanak ditemui sejauh 1.5 kilometer

“Sekitar jam 6.45 petang, ibu kepada kanak-kanak itu telah memanggil anaknya. Tidak lama kemudian, kanak-kanak tersebut ditarik oleh ombak kuat.



“Bapanya ada cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana ombak terlalu kuat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Pondok Air Ketum Beroperasi Dua Tahun Di Tumpat Diserbu, Tiga Lelaki Ditahan
|
Sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi memproses, menyimpan dan…
Dua Tahun Seludup Diesel Ke Thailand Akhirnya Dicekup PGA
|
Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup minyak diesel dan…
Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!