Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat kuasa pada Isnin selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi pada jam 5 petang di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru.

Dapat Perkenan Pemangku Sultan Johor

Menurut Onn Hafiz, beliau telah menghadap Pemangku Sultan Johor pada 1 Jun sebelum watikah pembubaran DUN Johor diperkenankan.

“Sehubungan itu, atas titah perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, watikah pembubaran Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim yang ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026 iaitu pada hari ini,” katanya.

Beri Laluan Kepada PRN Johor

Beliau berkata, pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Menurutnya, langkah tersebut bagi memberi laluan kepada proses demokrasi menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

“Keputusan ini dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat Bangsa Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh,” katanya.

Beliau turut menyeru semua parti politik, pemimpin serta penyokong supaya menghadapi proses pilihan raya dengan penuh adab, tertib dan berhemah.

BN Menang Besar Pada PRN 2022

Pada PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 12 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi dan Muda satu kerusi.

Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran DUN Johor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri menerima notis menghadiri sidang DUN pada 22 Jun yang dijadualkan berlangsung selama sehari.

Namun, pembubaran DUN diumumkan lebih awal pada Isnin sekali gus membuka laluan kepada PRN Johor ke-16.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!