Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator

Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ditampar oleh seorang senator ketika menghadiri sebuah program rasmi universiti di Janda Baik, Pahang pada 20 Mei lalu.

Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi berkata, kejadian itu didakwa berlaku kira-kira jam 6 petang selepas tamat sesi ceramah sempena Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU).

Dakwa Ditampar Selepas Perbualan Politik

Menurut beliau, penceramah jemputan pada program tersebut merupakan seorang senator yang turut diperkenalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah sebuah universiti.

Katanya, selepas sesi bergambar, seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) memaklumkan kepada senator berkenaan bahawa beliau adalah cucu kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Selepas itu timbul perbualan berkaitan politik dan saya mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Pas sebelum secara tiba-tiba menampar pipi kiri saya menggunakan tangan kanannya,” katanya.

Berlaku Di Hadapan Orang Ramai

Nik Alif Aiman yang juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mendakwa tamparan tersebut tidak menyebabkan kecederaan fizikal, namun cukup kuat sehingga menyebabkan kepala dan mukanya teralih ke sebelah kanan.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku di hadapan kira-kira 10 hingga 15 individu termasuk pegawai kanan universiti dan rakan-rakan MPP.

“Saya tidak membalas tindakan tersebut kerana menghormati beliau sebagai individu yang lebih berusia.

“Namun saya berasa terhina, malu dan terkesan dari segi emosi kerana kejadian berlaku di hadapan orang ramai selain merasakan maruah diri serta keluarga tercalar,” katanya.

Laporan Polis Dibuat

Menurut beliau, selepas insiden itu senator terbabit didakwa mengajaknya makan bersama, namun pelawaan tersebut ditolak sebagai tanda protes terhadap tindakan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada saksi yang berada di lokasi kejadian.

Sementara itu, bapanya, Abdul Ariffahmi Abd Rahman memaklumkan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Sabtu.

Menurutnya, pihak polis telah mengambil keterangan anaknya sebelum mereka turut dipanggil ke Bentong untuk membantu siasatan dan menunjukkan lokasi kejadian kepada pihak berkuasa.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!