Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu

Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka, Terengganu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buloh Poh, Melor, Kota Bharu pada Isnin.

Jenazah Muhammad Aidil Amsyar Mohd Zul-Zunaidi, 14, dikebumikan pada jam 8.20 malam, manakala abangnya, Muhammad Amir Ashraf Mohd Zul-Zunaidi, 15, pula dikebumikan kira-kira jam 11 pagi Isnin.

Bapa saudara mangsa, Mohamad Zul Hazim Mohd Baldin, 30, berkata, kedua-dua remaja itu membesar bersama seperti pasangan kembar kerana jarak usia mereka hanya setahun selain menjadi cucu sulung yang rapat dengan nenek mereka, Nor Hashimah Hashim, 64.

“Kami memang terkejut kerana mereka tidak pernah ke sungai itu sebelum ini dan keluarga juga sedang merancang mengadakan hari keluarga sempena Aidiladha hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan tersebut.

Mandi Sungai Bersama Rakan

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Ahad, dua beradik terbabit lemas selepas dibawa arus ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka di Sungai Beril.

Mayat Muhammad Amir Ashraf ditemukan pasukan penyelamat di dasar sungai kira-kira tujuh meter dari lokasi kejadian pada jam 3.47 petang Ahad.

Sementara itu, mayat adiknya, Muhammad Aidil Amsyar ditemukan terapung berhampiran jeti Pasar Paka pada jam 9.55 pagi Isnin.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
KRW FC Tunggu Keputusan FIFA, Sedia Tukar Nama Jika Perlu
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengakui mereka bersedia…
Kenapa Pemain Sepanyol Diam Ketika Lagu Kebangsaan Dimainkan Di Piala Dunia?
|
Ramai Sangka Pemain Sepanyol Tak Hormat Lagu Kebangsaan, Rupanya…
Sepanyol Juara Piala Dunia 2026 Selepas Tewaskan Argentina 1-0
|
Argentina sudah melakukan hampir segala-galanya untuk terus bertahan.Walaupun Sepanyol…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!