Penemuan bayi bongkar kes sumbang mahram kakak dan adik

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut pada Ahad, membongkar kes sumbang mahram membabitkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan adik lelakinya.

Menurut laporan Sinar Harian, pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan merupakan hasil hubungan terlarang remaja terbabit yang melahirkan bayi tersebut secara rahsia.

“Sejurus selepas dilahirkan, bayi itu dilaporkan telah dibuang oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah di situ,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, polis telah menahan reman seorang lelaki sehingga tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

“Mahkamah membenarkan lelaki tersebut ditahan untuk siasatan menyeluruh berhubung kes itu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

“Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.

“Seksyen ini membawa hukuman penjara yang sangat berat, iaitu tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan,” ujar beliau.

Md Sani berkata, perbuatan membuang bayi adalah satu tindakan tidak berperikemanusiaan, bercanggah dengan hukum agama dan jelas menafikan hak seorang bayi untuk hidup.

Dalam pada itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau tidak sahih berkaitan kes berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan atau menyebar maklumat tidak tepat di media sosial berhubung kes tersebut,” katanya.



Sebelum ini, kejadian penemuan bayi tersebut tular di media sosial pada Ahad dan bayi berkenaan difahamkan telah dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan serta tindakan lanjut.

BACA: Kes sumbang mahram, buang bayi: remaja lelaki ditahan disahkan OKU lembam

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Cemburu Dipercayai Punca Pelajar Kolej Ditikam 61 Kali Di Ketereh, Polis Sifatkan Kes Selesai
|
Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej…
Belalang Kerek Bukan Sekadar Hobi, Main Peranan Dalam Ekosistem
|
Fenomena memelihara dan mempertandingkan serangga eksotik dikenali sebagai “belalang…
Gadis Ditikam 61 Kali Keluar Makan Dengan 2 Suspek, Muat Naik Status WhatsApp Jam 11 Malam
|
Kes pembunuhan penuntut kolej wanita yang ditemukan mati dengan…
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Jawatan Kosong Kelantan