Wanita terkejut tengok resit selepas makan 6 orang di Kelantan

Seorang pengguna media sosial, menjadi perhatian netizen selepas berkongsi pengalaman ‘tak percaya’ ketika makan di sebuah kedai makan di Kelantan apabila jumlah yang perlu dibayar untuk enam orang makan hanya RM36 sahaja.

Dalam catatannya, Jala Jelita menulis:
“Harini makan kedai di Kelantan.. bagi saya makanan sedap harga tu tak masuk akal.. murah sangat 😭 kat JB susah nak dapat harga ni sekarang atau mmg kat Kelantan rate harga makanan mcmni?”

595775363_1254038046560171_6739735456670957668_n

Resit yang dimuatnaik



Posting didalam sebuah kumpulan facebook itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan masing-masing memberi pandangan berbeza.

Kedai makan tersebut dipercayai terletak di Batu 8, Jalan Tanah Merah – Jeli, lokasi yang memang terkenal dengan kedai kampung yang harga makanannya masih mampu milik.

Di ruangan komen, ramai berkongsi pengalaman masing-masing:

Sherry Din berkata:
“Sbb tu kalau sy balik Johor, terasa mahal nye semua benda.. kat Kelantan RM5 makan sarapan boleh kenyang la..”

Maliah Md Syed pula menyokong:
“Ye byk lagi kt Kelantan ni yg jual murah… n sedap… dah nk msuk 12 tahun dok sini… mmg suka..”

Sementara Za’im Zawawi mengingatkan bahawa harga di Kelantan memang pelbagai:
“Ada yg plg murah… and ada yg plg mahal… atas kita pandai cari and kena dengan tekak kita…”

Adam Kimie menambah, harga sangat bergantung lokasi:
“Klntan klau kdai jnis kg mmg mrah… klau kda kt bndar ssh nk jmpa hrga mcm ni.”

Manakala Ekien KB menjelaskan harga lauk di sini memang boleh jadi serendah RM3–RM4:
“Brgantung pd besar kecik lauk.. lauk bsar skit mgkin RM5–7.. lauk biasa2 RM3–4.”

BACA: Macam masuk ke alam mimpi, tak sangka resort ‘aesthetic’ dalam hutan ini ada di Jeli, Kelantan

Kisah ini sekali lagi mencetus perbualan lama tentang Kelantan sebagai antara negeri yang masih kekalkan harga makanan yang ‘mesra rakyat’, terutama di kawasan kampung.

Bagi KD pula, tak kisah murah atau mahal, yang penting sedap dan berbaloi 🤭

TERKINI

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bermula 1 Julai
|
Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj…
Pelajar 17 Tahun Mengaku Ajak Ibu Kandung Buat Aksi Tak Senonoh Selepas Tonton Video Lucah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di…
Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang
|
Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama…
Suami Isteri Warga Emas Maut, Motosikal Bertembung Kereta Di Pasir Puteh
|
Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir tragedi apabila…
Lebih 13,000 Etnik Rohingya Dikenal Pasti Berada Di Kelantan
|
Polis Kelantan mengesahkan terdapat dalam kalangan etnik Rohingya yang…
Polis Kelantan Dedah Hampir Setiap Hari Etnik Rohingya Cuba Masuk Malaysia
|
Polis Kelantan mendedahkan etnik Rohingya dan warga Myanmar dikesan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!