Sejak laluan penerbangan terus Jakarta–Kota Bharu mula beroperasi pada 16 Jun lalu, Kelantan dilihat mula menerima lebih ramai pelancong dari Indonesia yang ingin merasai sendiri keunikan budaya, makanan dan destinasi pelancongan di negeri ini.
Menariknya, ramai daripada mereka turut berkongsi pengalaman sepanjang berada di Kelantan menerusi media sosial, sekali gus menjadi promosi tidak langsung kepada negeri ini.
Antara yang mencuri perhatian ialah perkongsian pengguna TikTok @momochtaufik, yang meluangkan masa tiga hari menjelajah beberapa lokasi menarik di Kelantan.
Sepanjang kunjungannya, beliau sempat singgah ke beberapa destinasi popular seperti Pantai Kemasin, Floating Market Pulau Suri, Masjid Kampung Laut serta beberapa lokasi sekitar Kota Bharu.
Menerusi video yang dimuat naik, beliau turut memaparkan suasana di lokasi-lokasi tersebut serta berkongsi pengalaman menikmati keindahan alam, seni bina dan budaya tempatan.
Pembukaan laluan terus Jakarta–Kota Bharu dilihat membuka peluang lebih luas kepada sektor pelancongan negeri ini, bukan sahaja memudahkan kemasukan pelancong Indonesia malah membantu memperkenalkan Kelantan kepada masyarakat antarabangsa.
Ikuti video perkongsian di bawah:
