Wanita maut dipercayai ditikam suami sendiri di Tanah Merah

Suasana di Gual Ipoh, Tanah Merah hari ini gempar selepas seorang wanita dipercayai maut ditikam suaminya sendiri di rumah mereka sekitar jam 1 tengah hari.

Mangsa berusia 40 tahun difahamkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Menurut sumber, suspek berusia 63 tahun yang juga suami mangsa ditahan polis tidak lama selepas kejadian.

Mangsa dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam sehingga mengalami kecederaan serius sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa dijangka dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut masih sedang dijalankan.



Nota Kaki KD: Berat nak baca kes begini… rumah yang sepatutnya jadi tempat paling selamat, kadang-kadang boleh jadi lokasi tragedi. Semoga siasatan dapat beri keadilan sewajarnya.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!