Abuya didakwa lagi, kali ini di Teluk Intan

TELUK INTAN, 16 Okt — Bekas mudir sebuah madrasah di Tumpat, Mohamad Aswadi Yah, 46, atau dikenali sebagai Abuya, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan kesalahan seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun, lapor Kosmo

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap mangsa di sebuah premis di Behrang, daerah Muallim, pada 11.45 malam, 28 Ogos 2024.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal tanpa kerelaan terhadap mangsa di lokasi dan tarikh sama, mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan, mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, dengan syarat tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi, serta perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam bela Muhammad Izzat Irfan Taib memohon jumlah jaminan diringankan kerana anak guamnya menanggung seorang isteri, empat anak dan ibu berusia 70 tahun yang uzur.

“Sehingga hari ini, tertuduh telah didakwa dengan 15 pertuduhan membabitkan jaminan sebanyak RM83,000. Jumlah jaminan yang besar itu menjejaskan ekonomi keluarga tertuduh,” katanya.

Menurut peguam, tertuduh juga menghidap tekanan darah rendah, slip disc dan gastrik selain masih berdepan perbicaraan di beberapa mahkamah lain.

Hakim Norhamizah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, serta mengekalkan syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 9 September depan untuk sebutan semula kes.

No posts found!



Untuk rekod, tertuduh sebelum ini berdepan 15 pertuduhan berasingan di mahkamah di Kelantan dan Terengganu melibatkan kesalahan amang seksual dan memiliki bahan lucah sejak Jun hingga Ogos 2024, dengan jumlah jaminan keseluruhan sebanyak RM83,000.

#KelantanDaily
Sumber: Kosmo

TERKINI

AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Tiga Blok Bangunan SMU(A) Darul Ulum Muhammadiah Bachok Terbakar
|
Satu kebakaran besar mengejutkan penduduk apabila tiga blok bangunan…
Pejabat JKM Tanah Merah Disamun Lelaki Bertopeng, Pengawal Keselamatan Diikat
|
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah menjadi sasaran…
Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Depan Surau Sekolah
|
Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota…
Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Jawatan Kosong Kelantan