Banjir di Thailand ragut 13 nyawa, Wilayah Songkhla diisytihar darurat

Thailand kini berdepan banjir besar yang meragut 13 nyawa, menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara negara itu.

Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa wilayah dinaiki air sehingga paras pinggang, termasuk bandar pelancongan Hat Yai yang kini lumpuh dan ramai penduduk terperangkap di rumah serta hotel.

Kerajaan Thailand turut mengisytiharkan darurat di wilayah Songkhla, manakala jabatan meteorologi memberi amaran hujan lebih lebat dan risiko banjir kilat dalam minggu ini.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan pasukan penyelamat di Hat Yai berulang-alik membawa mangsa menggunakan bot, jet ski dan lori tentera bagi menyeberangi kawasan yang sudah berubah menjadi ‘sungai’.

Ada keluarga yang menggunakan kolam renang kanak-kanak jenis angin sebagai alternatif untuk menyelamatkan anak-anak kecil.

Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila dia terperangkap selama empat hari bersama bayinya dan ibunya yang uzur.

“Saya memutuskan untuk keluar kerana saya mempunyai bayi dan takut air akan naik lebih tinggi,” katanya kepada stesen TV tempatan TNN.

Wanita itu bersama anak dan ibunya berjaya dipindahkan menaiki bot.

Di Hat Yai, penduduk turut meletakkan kenderaan di jalan raya bertingkat bagi mengelak ia tenggelam dalam banjir semakin buruk.

Menurut Jabatan Perhubungan Awam Wilayah Songkhla, lebih 1,200 penduduk telah dipindahkan sejak Khamis lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, memaklumkan lebih banyak bot dan lori akan dikerahkan bagi mempercepat operasi pemindahan mangsa.



Pakar pula menjelaskan bahawa Thailand biasanya mengalami hujan lebat dari Jun hingga September, namun perubahan iklim akibat aktiviti manusia menjadikan cuaca semakin melampau dan sukar dijangka.

Sumber: Buletin TV3

TERKINI

Pondok Air Ketum Beroperasi Dua Tahun Di Tumpat Diserbu, Tiga Lelaki Ditahan
|
Sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi memproses, menyimpan dan…
Dua Tahun Seludup Diesel Ke Thailand Akhirnya Dicekup PGA
|
Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup minyak diesel dan…
Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!