Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands

Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata hujan lebat yang bermula 2 petang menyebabkan aliran air lumpur deras dari kawasan tinggi mengalir ke jalan utama Ringlet.

“Bagaimanapun keadaan terkawal dan air surut sepenuhnya sekitar 4 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azri berkata tiada laporan kemalangan jiwa diterima, namun terdapat dua laporan polis membabitkan dua kenderaan dihanyutkan arus deras.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan dan keadaan di lokasi kini kembali selamat untuk dilalui. - Bernama

SHARE:

TERKINI

RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!