Wanita lemas dihanyutkan kepala air di Gua Musang

Seorang wanita warganegara Indonesia ditemukan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dihanyutkan kepala air di Jambatan No. 2, Kampung Pulai, Gua Musang pada malam Khamis lalu.

Dalam kejadian sekitar 8.30 malam, mangsa bersama seorang lelaki berbangsa Cina dan seorang wanita warganegara Thailand dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Ladang KLC sebelum arus deras melanda kawasan tersebut secara tiba-tiba.

Dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri, namun mangsa hilang dibawa arus deras.

Pada 4.15 pagi Jumaat, mangsa ditemukan orang awam di tebing sungai kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian, dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang.

Hasil bedah siasat oleh pakar forensik mendapati punca kematian adalah “asphyxia due to aspiration of mud and drowning”.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi mangsa dan keluarga.

KD: Musim hujan macam ni, kepala air memang boleh datang tanpa amaran. Kalau lalui kawasan sungai atau jambatan kecil, elakkan cuba merentas kalau air nampak deras, demi keselamatan sendiri.


Sumber: Utusan, Berita Harian, Sinar Harian

TERKINI

Pondok Air Ketum Beroperasi Dua Tahun Di Tumpat Diserbu, Tiga Lelaki Ditahan
|
Sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi memproses, menyimpan dan…
Dua Tahun Seludup Diesel Ke Thailand Akhirnya Dicekup PGA
|
Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup minyak diesel dan…
Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!