Hujan Berterusan Tahap Buruk Diramal Landa 5 Jajahan Di Kelantan

Penduduk di lima jajahan di Kelantan berdepan amaran hujan berterusan tahap buruk, manakala empat lagi jajahan berada pada tahap waspada sehingga Rabu, 11 November 2026.

Amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 8.30 pagi, 9 November itu membabitkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Bagi Kelantan, jajahan yang disenaraikan dalam amaran hujan berterusan tahap buruk ialah Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di kawasan berkenaan sehingga Rabu ini.

Empat lagi jajahan Kelantan berstatus waspada

Sementara itu, empat jajahan lain di Kelantan turut disenaraikan dalam amaran hujan berterusan tahap waspada.

Kawasan terbabit ialah Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

Ini bermakna kesemua sembilan jajahan di Kelantan berada dalam senarai amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia.

Terengganu turut berdepan amaran hujan

Di Terengganu, amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Manakala Hulu Terengganu berada dalam kategori amaran tahap waspada.

Bagi Pahang, empat daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut turut disenaraikan dalam amaran hujan berterusan tahap waspada.

Beberapa kawasan di Sabah turut terjejas

Selain Pantai Timur Semenanjung, amaran hujan berterusan tahap waspada turut melibatkan Kudat dan beberapa kawasan di Sandakan, Sabah.

Kawasan terbabit ialah Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan.

Kesemua amaran berkenaan dijangka berkuat kuasa sehingga Rabu, 11 November 2026.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh amaran dikeluarkan.

893400018_29671174979153203_1910984035282374310_n

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!