Diberi makan babi, diseksa dengan renjatan elektrik di Kemboja

ISKANDAR PUTERI – “Saya dipaksa bekerja sebagai scammer selama 14 jam sehari, diberi makan lauk babi, dan jika lambat buat kerja akan diseksa dengan renjatan elektrik.”

Itu luahan seorang pemuda dari Johor Bahru yang hanya mahu dikenali sebagai Joe, 36, ketika menceritakan detik hitam selama empat bulan diperdaya sindiket pemerdagangan manusia dan terperangkap di Sihanouk, Kemboja.

Joe merupakan salah seorang daripada lima warga Malaysia yang berjaya diselamatkan oleh Wisma Putra dan Kementerian Luar Negeri pada Ogos lalu daripada sindiket “scammer” di negara tersebut.

Ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Joe berkata penderitaannya bermula selepas menerima tawaran pekerjaan daripada rakannya sebagai pembakar sate di Kemboja dengan gaji ASD$1,500 sebulan (kira-kira RM6,300).

“Saya memang bekerja sebagai pembakar sate di Johor Bahru, jadi bila ada rakan tawarkan kerja yang sama di luar negara saya berminat, tambahan dengan gaji yang banyak dan cerita rakan mampu beli kereta mewah.

Pada hari raya keenam iaitu pada 5 April saya terbang ke Kemboja. Tiket penerbangan ditanggung oleh kawan dan saya diberikan wang tunai RM2,000 sebelum ke sana,” katanya.

Bagaimanapun, Joe terkejut apabila tiba di sana, keadaan berubah sepenuhnya.

“Kawan saya ada menghubungi saya dan minta maaf. Dia suruh saya buat apa yang syarikat (scammer) minta. Kawan saya cakap dia dapat komisen ASD$2,000 untuk seorang mangsa,” katanya lagi.

Menurut Joe, dia dibawa ke markas sindiket dalam keadaan khayal selepas meminum sejenis minuman ketika ditempatkan di sebuah hotel mewah sebelum itu.

“Setibanya di markas di Sihanouk yang lengkap dengan kemudahan asrama dan alatan teknologi, saya dipaksa bekerja membuat panggilan dengan menyamar sebagai anggota polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Saya perlu capai sasaran antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan. Jika gagal, akan diseksa dan dikurung dalam bilik tanpa makanan, hanya diberi sebotol air,” katanya.

Beliau turut mendedahkan, lebih 40 rakyat Malaysia berada di pusat operasi itu bersama warga asing dari Rusia, Brazil, dan negara Arab.

“Kehidupan di sana bercampur bebas lelaki dan wanita, selain diberi makan babi dan arak,” ujarnya.

Joe berkata, dia dan empat lagi rakyat Malaysia berjaya meloloskan diri selepas sindiket memaklumkan mereka akan dibawa ke sempadan Laos untuk dijadikan buruh paksa atau pengemis.

“Ketika itulah kami ambil kesempatan menghubungi ADUN Skudai, Marina Ibrahim, untuk meminta bantuan melepaskan kami di sana.

Kami berlima bersyukur selepas selamat dibawa pulang ke tanah air pada 16 Ogos lalu.



Sepanjang tempoh nak bawa pulang itu pun saya fikir antara hidup dengan mati, sebab fikir mana datang dulu, bantuan atau akan dibunuh atau dibawa ke sempadan Laos,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!