Polis rampas 204 kg syabu bernilai RM 6.5 juta, peniaga kedai runcit ditahan

KOTA BHARU – Polis menumpaskan kegiatan sindiket pengedaran dadah selepas merampas syabu seberat 204 kilogram bernilai RM6.5 juta dalam serbuan di sebuah premis di Pasir Mas pada 25 Ogos lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam operasi yang dijalankan antara 7 hingga 10 malam itu, seorang lelaki tempatan berusia 20-an ditahan di kawasan semak berhampiran premis berkenaan.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut menemukan lima guni mengandungi 125 bungkusan plastik berlabel Jin Xuan Tea serta dua guni lagi berisi 71 bungkusan plastik berlabel Number One, kesemuanya berisi syabu yang disorok di kawasan semak.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu berperanan sebagai transporter sindiket, iaitu mengangkut bekalan dadah dari Kampung Terusan menggunakan bot sebelum dipunggah dan disembunyikan di kawasan semak untuk diambil ahli lain bagi tujuan edaran.

“Modus operandi sindiket ialah menggunakan pangkalan haram yang tidak dimiliki sesiapa, selain menjadikan Pasir Mas sebagai transit sebelum bekalan itu disalurkan ke pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Hussein berkata suspek yang bekerja sebagai peniaga runcit turut didapati positif methamphetamine serta mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah dan satu kes jenayah.

“Suspek kini direman 14 hari bermula 26 Ogos hingga 8 Sept ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis turut menyita dua kenderaan iaitu Proton Persona dan van Ford Econovan, wang tunai RM15,700 serta wang dalam akaun berjumlah RM708,” katanya.

Menurut beliau, kedai runcit milik suspek juga disita kerana dipercayai digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa manakala beberapa lagi ahli sindiket masih diburu.

“Hasil risikan kes ini adalah selama sebulan dan Kelantan terus digunakan sebagai transit utama sindiket penyeludupan dadah melalui sempadan negara.

"JSJN komited memerangi dadah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN di 012-2087222. Kami amat menghargai kerjasama orang awam dalam membantu operasi ini,” katanya. –#KelantanDaily

Sumber: Bernama

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!