Polis tidak gentar provokasi, operasi roboh jeti haram bermula Isnin

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan meneruskan operasi besar-besaran meroboh lebih 100 jeti haram di sepanjang sempadan Malaysia–Thailand, meskipun menerima pelbagai bentuk provokasi daripada pihak tertentu di negara jiran itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata operasi itu dijadualkan bermula Isnin ini dan akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula di Pasir Mas dan Rantau Panjang.

“Insya-Allah ia akan bermula di Pasir Mas dan Rantau Panjang dahulu.

Sekarang ini kami menerima banyak provokasi daripada mereka di sana, namun operasi tetap diteruskan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Beliau berkata antara bentuk provokasi diterima termasuk cubaan menghalang perobohan serta isu hubungan kekeluargaan antara penduduk di kedua-dua negara, yang sering dijadikan alasan untuk mengekalkan jeti tidak sah berkenaan.

Sementara itu, Pemangku Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), ACP Ijid Landu Binju, memaklumkan PGA akan memberikan bantuan tenaga manusia dan logistik sekiranya diperlukan dalam operasi tersebut.

“Peranan PGA ialah sebagai elemen sokongan sumber manusia dan logistik sekiranya dipohon oleh jabatan-jabatan yang terlibat dalam perobohan jeti haram,” katanya ketika dihubungi.



Tindakan meroboh jeti haram itu merupakan sebahagian daripada langkah memperkukuh kawalan sempadan serta membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, khususnya di sepanjang Sungai Golok yang memisahkan Kelantan dan wilayah selatan Thailand.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama, Sinar Harian, Malaysia Kini

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!