Polis Kelantan kesan wujud kegiatan ‘counter setting’ di sempadan Malaysia-Thailand

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan mempunyai maklumat awal berhubung kegiatan mengatur kaunter atau ‘counter setting’ di sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kegiatan seperti itu amat membimbangkan, terutama selepas berlaku kejadian menembusi kawalan keselamatan di kawasan berteknologi tinggi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya risau tempat seperti KLIA yang ada CCTV ketat pun boleh ada counter setting, apatah lagi pangkalan di tepi Sungai Golok yang panjang dan terbuka.

Saya ada maklumat (mengatur kaunter di sempadan negara) cuma tunggu masa. Saya beri amaran dulu kepada mereka yang buat dan saya tidak teragak-teragak, kami akan tangkap tidak kira anggota PGA ke atau sesiapa sahaja,” katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, baru-baru ini.

Beliau menyifatkan individu yang terlibat dalam kegiatan itu sebagai pengkhianat negara dan menegaskan mereka kini berada dalam radar pihak polis.

“Bila saya bercakap, saya ada maklumat maksudnya memang ada (mengatur kaunter), insya-Allah kami akan buat tangkapan,” katanya.

Pada 24 Julai lalu, Bernama melaporkan seorang pegawai penguat kuasa ditahan di KLIA Terminal 1 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan counter setting — iaitu kerjasama antara pegawai imigresen dengan sindiket bagi membawa masuk warga asing tanpa dokumen sah.



Menurut kenyataan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), pegawai berkenaan ditahan Unit Pemantau dan Unit Integriti AKPS selepas rakaman CCTV menunjukkan tingkah laku mencurigakan di kaunter pemeriksaan masuk.


#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!