Sindiket Guna Rumah Transit, KPDN Rampas 323 Kilogran Minyak Masak Di Pasir Mas

Taktik licik sindiket minyak masak bersubsidi yang menggunakan sebuah rumah sebagai pusat transit sebelum diseludup akhirnya terbongkar dalam satu operasi penguatkuasaan di Kampung Lubuk Tapah, Pasir Mas, kelmarin.

Serbuan yang dijalankan oleh Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) pada jam 3.45 petang itu berjaya menahan tiga lelaki tempatan ketika mereka dipercayai sedang memindahkan kotak minyak masak di hadapan rumah terbabit.

Difahamkan, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terlebih dahulu mengesan pergerakan sebuah van jenis Hiace putih bernombor pendaftaran tempatan yang disyaki digunakan sindiket untuk menghantar bekalan ke lokasi transit tersebut.

Minyak Masak Bersubsidi Ditemui Dalam Dan Luar Rumah

Hasil pemeriksaan mendapati penguat kuasa berjaya menyita keseluruhan barangan terbabit melibatkan minyak masak bersubsidi seberat 323 kilogram.

Antara rampasan termasuk 12 kotak minyak masak bersubsidi berjenama dengan anggaran berat 204 kilogram yang diletakkan di hadapan rumah, manakala sebanyak 119 kilogram lagi turut ditemui di dalam rumah berkenaan.

Selain itu, satu bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernombor akaun turut disita bagi tujuan dokumentasi siasatan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.


Sumber: KPDN Kelantan

SHARE:

TERKINI

Tekong Darat Lari Tinggal 14 PATI Myanmar Selepas Diserbu APMM Di Tumpat
|
Tindakan seorang tekong darat meninggalkan 14 pendatang asing tanpa…
Peniaga Ayam Tipu Timbangan, KPDN Kelantan Terima 29 Aduan
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Ops Tiris 4.0 Kelantan Rekod 104 Kes, Rampasan Hampir RM2 Juta
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!