Lelaki 60 tahun ditahan bawa lembu seludup dari Thailand

TUMPAT – Pasukan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Kampung Gelong Pasir, di sini, pada rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, anggota PGA yang sedang menjalankan rondaan dalam Op Taring Wawasan Kelantan menahan lori terbabit yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 11 ekor lembu di bahagian belakang lori berkenaan dan pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan pemindahan haiwan ternakan tersebut untuk rujukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Lembu berkenaan dipercayai diseludup masuk dari Thailand untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

Menurut sumber, anggaran nilai rampasan termasuk haiwan dan lori yang digunakan dianggarkan RM113,000.

Kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

#KelantanDaily

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!