Penyeludup petrol bersubsidi raih untung RM100 setiap perjalanan

Keuntungan minimum RM100 bagi setiap perjalanan mendorong penyeludupan minyak petrol masih berleluasa di sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di kawasan Rantau Panjang, Kelantan, lapor Berita Harian.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, menjelaskan, individu terbabit sering menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran tempatan tetapi tinggal di negara jiran.

Sebahagian daripada mereka mungkin berkahwin dengan penduduk Thailand, memudahkan urusan keluar masuk.

“Mereka sering memberi alasan menghantar anak sekolah untuk memasuki negara ini setiap hari atas urusan harian dan masuk secara sah.

Kenderaan mereka mempunyai dokumen dan cukai jalan sah serta berdaftar di negara ini. Namun, peluang keluar masuk setiap hari itu digunakan mereka untuk menyeludup petrol ke negara jiran,” kata Azman.

Menurut beliau, pihak penguat kuasa sentiasa memantau dan menjalankan operasi bagi mengekang kegiatan ini. “Disebabkan terlalu ramai yang keluar masuk setiap hari, ada yang terlepas menyeludup tetapi jika ditahan, kita tidak akan berkompromi dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka terbabit,” jelasnya.



Pihak berkuasa menegaskan usaha pemantauan berterusan penting bagi memastikan kegiatan penyeludupan tidak menjejaskan keselamatan dan ekonomi tempatan.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan