Aktivis GSF dari Itali lafaz syahadah ketika dalam tahanan

ISTANBUL – Seorang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Itali, Tommaso Bortolazzi, mengucapkan dua kalimah syahadah ketika ditahan tentera Israel bersama aktivis lain, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam temu bual bersama media tempatan sejurus tiba di Istanbul, Turkiye, Bortolazzi berkata beliau tersentuh apabila melihat rakan-rakan aktivis Muslim diganggu ketika menunaikan solat di dalam tahanan.

“Saya ditempatkan dalam sel bersama lapan aktivis Islam dari Turkiye dan Malaysia. Ketika mereka sedang bersolat, pasukan polis Israel masuk dan cuba menghalang mereka. Saya merasakan keperluan untuk menentang perbuatan itu, dan selepas itu saya mengucapkan dua kalimah syahadah,” katanya.

Bortolazzi menggambarkan pengalaman itu seperti dilahirkan semula.



“Saya memilih untuk memeluk Islam, dan saya sangat gembira,” katanya.

Beliau merupakan kapten kapal Maria Cristina, salah satu daripada lebih 40 bot flotilla yang menyertai misi ke Gaza.

Bortolazzi, 42, dilahirkan di Rome dan dibesarkan di kawasan Castelli Romani, antara Castel Gandolfo, Albano Laziale dan Nemi. Beliau dikenali sebagai aktivis, bekas pelajar Foscolo High School, serta skipper yang kini menjadi simbol komitmen global dari Albano.

#Kelantan Daily
Sumber: Anadolu, castellinotizie

@thekelantandaily

"Rasa seperti baru dilahirkan"

♬ Syahadah - Raihan

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan