“Sekarang Kita Ada 3 Buah Kilang Di Kelantan, Dengan 100 Orang Kakitangan” – KA

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming berkongsi suasana operasi kilang miliknya di Kelantan menerusi sebuah video yang memaparkan perjalanan perniagaan di sebalik produk Sambal Nyet Bilis.

Menerusi perkongsian itu, Khairul Aming memaklumkan beliau kini menguruskan tiga buah kilang di Kelantan dengan sokongan 100 orang kakitangan yang kesemuanya merupakan anak tempatan.

Menurutnya, selain menguruskan restoran Rembayung, operasi kilang berkenaan menjadi antara perniagaan yang diuruskan bersama pasukannya setiap hari.

"Selain uruskan Rembayung, inilah bisnes kilang yang KA manage dengan team setiap hari

"Sekarang kita ada 3 buah kilang di Kelantan, dengan 100 orang kakitangan. Semuanya 100% anak tempatan. Production sehari boleh cecah 15,000 botol Sambal Nyet Bilis, sebulan around 350k-390k botol

"Untuk esok (semalam) kita buka jualan untuk 300,000 botol sambal bilis, restock terbesar setakat ni. Terima kasih guys sebab sudi support produk tempatan kita. Doakan KA boleh expand lagi bisnes di Kelantan inshaAllah"

BERKAITAN: Khairul Aming Pecah Rekod Lagi, Raih Jualan 1 Juta USD Dalam Siaran Langsung Shopee


Berdasarkan perkongsian tersebut, operasi tiga kilang berkenaan mampu menghasilkan sehingga 15,000 botol Sambal Nyet Bilis sehari, manakala jumlah pengeluaran bulanan dianggarkan antara 350,000 hingga 390,000 botol.

Lebih menarik, Khairul Aming turut mengumumkan pembukaan jualan sebanyak 300,000 botol sambal bilis untuk esok, yang disifatkan sebagai jumlah stok semula terbesar setakat ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong produk tempatan selain berharap perniagaannya dapat terus berkembang di Kelantan.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!