MDKPI, JPJ Dan Imigresen Gempur Warga Asing Di Empat Kawasan Di Ketereh

Pelbagai kesalahan berkaitan perniagaan, pengangkutan jalan raya dan imigresen dikesan menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di empat kawasan sekitar Ketereh.

Operasi selama dua hari pada 4 dan 5 November lalu itu melibatkan kawasan Mulong, Lubok Jambu, Kok Lanas dan Melor.

operasi bersepadu


Seramai 62 anggota daripada ketiga-tiga agensi terbabit digerakkan bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di lokasi berkenaan.

Daripada jumlah itu, 30 anggota terdiri daripada JPJ, 17 anggota penguat kuasa MDKPI dan 15 anggota JIM.

Premis perniagaan dan kenderaan turut diperiksa

Menurut MDKPI, operasi pada hari pertama, 4 November, memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis yang disyaki diusahakan oleh warga asing di sekitar Mulong, Lubok Jambu dan Kok Lanas.

Pemeriksaan turut dilakukan JPJ terhadap kenderaan serta pemandu, manakala JIM menjalankan semakan dokumen pengenalan diri dan imigresen.

Operasi diteruskan pada hari kedua di sekitar Melor dengan pemeriksaan lebih menyeluruh dan intensif.

warga asing ketereh


Pelaksanaan pada hari kedua itu turut disertai Ahli Majlis MDKPI yang turun padang mengikuti pemeriksaan bersama agensi penguat kuasa terlibat.

Sepanjang operasi, pelbagai kesalahan berkaitan peraturan perniagaan, pengangkutan jalan dan imigresen dikesan.

Pemilik premis dan kenderaan diberi peringatan

Dalam perkembangan sama, MDKPI mengingatkan pemilik premis supaya tidak menyerahkan atau membenarkan lesen perniagaan mereka digunakan oleh pihak lain.

Pemilik kenderaan juga dinasihatkan supaya tidak membenarkan warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah atau tidak memenuhi syarat undang-undang memandu kenderaan milik mereka.

warga asing ketereh 2


Ini kerana pemilik kenderaan boleh berdepan tindakan undang-undang sekiranya membenarkan kenderaan dipandu dengan melanggar peraturan ditetapkan.

Orang awam turut digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang disyaki melanggar undang-undang kepada pihak berkuasa bagi membantu memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Lebih 13,000 Etnik Rohingya Dikenal Pasti Berada Di Kelantan
By KD | |
Polis Kelantan mengesahkan terdapat dalam kalangan etnik Rohingya yang sudah…
Penduduk Tanah Merah Bimbang Ladang Sireh Rohingya Makin Meluas
By KD | |
Sebuah ladang sireh seluas lebih dua hektar di Kampung Padang…
“Rupanya Kedai Ramai PATI Ni Tempat Proses Dokumen” – Abbe Hae
By KD | |
Aktivis masyarakat, Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhan Mohd…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
By KD | |
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai merujuk…
Lelaki Rohingya Ditahan Di Terminal Bas Lembah Sireh, Bayar RM10,000 Masuk Malaysia
By KD | |
Di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu, seorang lelaki muda…
MDKPI, JPJ Dan Imigresen Gempur Warga Asing Di Empat Kawasan Di Ketereh
By KD | |
Pelbagai kesalahan berkaitan perniagaan, pengangkutan jalan raya dan imigresen dikesan…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
By KD | |
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua Masyarakat…
Malaria Bawaan Rohingya Serang Terengganu, JKNT Keluar Amaran Tahap Tinggi
By KD | |
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan amaran tinggi susulan peningkatan…
Enam Lelaki Rohingya Didakwa Rompak Berkumpulan, Larikan Barangan Binaan RM200,000
By KD | |
Sebuah gudang penyimpanan barangan binaan di Sungai Udang menjadi lokasi…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!