Lima hari tanpa elektrik.
Kira-kira 500 penduduk di lebih 90 unit PPR Kota Bharu kini berdepan panas, gelap dan urusan harian yang terganggu.
Gangguan sejak 27 September lalu menjejaskan tingkat 11 hingga 15 dan menurut penduduk dipercayai berpunca daripada litar pintas akibat kebocoran paip.
Lebih membimbangkan, terdapat bayi dan penghuni yang mungkin memerlukan mesin oksigen.
Penduduk yang berniaga pula mengalami kerugian apabila barangan seperti ayam, sayur-sayuran dan aiskrim rosak kerana tidak dapat disimpan dalam peti sejuk.
Seorang penduduk turut terpaksa menumpang di rumah saudara bersama anaknya selepas lima hari bergelut dengan keadaan itu.
Penduduk kini menggesa pihak pengurusan dan agensi berkaitan mengambil tindakan segera.
Sumber: Harian Metro
