[VIDEO] Hiyaz Community Ambil Tindakan Selepas Dahan Pokok Undang Risiko Kemalangan

Tular di media sosial rakaman video memaparkan sebatang pokok yang mempunyai dahan terlalu rendah sehingga membahayakan pengguna jalan raya serta pelajar sekolah di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Susulan itu, kumpulan sukarelawan Hiyaz Community tampil menjalankan kerja-kerja memotong dahan pokok berkenaan bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Kerja-kerja tersebut turut mendapat bantuan daripada anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kota Bharu yang mengawal lalu lintas sepanjang operasi dijalankan.

Lokasi dipercayai di hadapan Sekolah Kebangsaan Datu Hashim (SK Datu Hashim), Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Tindakan Hiyaz Community bersama pihak polis meraih perhatian warganet yang memuji usaha sukarelawan dan anggota bertugas dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta pelajar sekolah.

@hiyaz_official

Usaha merdekakan keselamatan pelajar, agar uniform putih tidak bertukar merah #CaknaPelajar #LintasJalan #KotaBharu #LampuIsyarat #Keselamatan

♬ Kolybel'naja - Rauf & Faik

Sumber: Hiyaz Community

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!