Video Tular Anak Tarik Tudung, Ugut Ibu Di Depan Pejabat Zakat

Video tular yang memaparkan tindakan seorang lelaki didakwa mengugut seorang wanita menggunakan objek dipercayai senjata tajam di hadapan sebuah pejabat zakat di Sungai Petani kini berada dalam pengetahuan pihak berkuasa.

Pegawai Zakat Daerah Kuala Muda, Ahmad Mustaqim Zainul Abidin mengesahkan pihaknya telah dikunjungi polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, urusan melibatkan kedua-dua individu itu di pejabat zakat sebelum kejadian berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan berharap perkara yang didakwa berlaku hanyalah salah faham.

Beliau berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu merupakan anak tunggal kepada wanita berusia 50-an yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) mental.

Katanya, kedua-dua mereka hadir ke pejabat zakat bagi menghantar sebut harga kerja-kerja membaik pulih rumah mereka di Kampung Segantang Garam, Merbok yang dijadualkan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki terbabit didakwa memegang sesuatu yang dipercayai objek tajam sebelum mengarahkan ibunya segera membonceng motosikal.

Lelaki itu turut dilihat seolah-olah menarik tudung wanita berkenaan sehingga wanita tersebut akur dengan arahannya.

Mengulas mengenai dakwaan kekasaran itu, Ahmad Mustaqim berkata perkara tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa kerana difahamkan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian.

Beliau turut memaklumkan pihak zakat telah bersetuju membaik pulih rumah keluarga itu dengan menyediakan dua bilik, ruang dapur dan tandas selepas hasil lawatan mendapati mereka layak menerima bantuan.

Selain bantuan baik pulih rumah, pemantauan berkala juga akan dilakukan bersama penolong amil di kawasan berkenaan bagi memastikan kebajikan keluarga itu terus terpelihara.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!