Seram, Beberapa Keping Nota Didakwa Milik Suspek Tikam Pelajar Sekolah Tersebar

Ketika siasatan polis masih berjalan, media sosial pula dibanjiri dengan beberapa keping nota yang didakwa milik suspek dalam kes tikam pelajar di sebuah sekolah di Banting.

Nota-nota itu mengandungi pelbagai dakwaan yang mengundang rasa seram. Antaranya didakwa terdapat senarai nama individu yang ingin diserang, perancangan serangan, teknik menyerang serta beberapa nama saluran YouTube yang dikatakan menjadi rujukan.

suspek dirakam cctv


Namun sehingga kini, semua itu masih belum disahkan oleh pihak polis.

Bapa mangsa enggan membuat andaian

Sinar Harian melaporkan, bapa mangsa, Mohd Firuz Ibrahim, mengakui beliau turut menerima mesej WhatsApp berkaitan nota yang sedang tular itu.

Namun beliau memilih untuk tidak membuat sebarang kesimpulan.

"Saya ada juga mendengar cerita dan menerima mesej WhatsApp yang mengandungi senarai nama yang tular itu, tetapi kami tidak dapat memastikan kesahihannya.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan."

Beliau turut menegaskan anak perempuannya bukan pembuli seperti yang didakwa sesetengah pihak di media sosial.

Peguam sahkan suspek OKU autistik

Dalam perkembangan sama, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S. Vijeswari Devi memaklumkan bahawa anak guamnya merupakan seorang OKU autistik.

"Anak guam saya adalah autistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan."

Siasatan masih diteruskan

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas ditikam beberapa kali di kawasan sekolah sebelum dikejarkan ke Hospital Banting.

Suspek yang dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana menjalani rawatan kesihatan telah ditahan polis dan direman selama empat hari.

Sehingga kini, polis masih belum mengesahkan sama ada nota yang tular itu benar-benar milik suspek atau mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

735776090_17906410542447789_2646407526172609186_n
740390524_17922935250383936_144616020387139965_n
741475338_17922935280383936_5727969345370615584_n
734933991_17922935289383936_8768431631598172939_n

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!