Sejarah Tercipta! Aliff RakibRaih Gelaran Dunia PertamaMalaysia Di ONE Championship

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, dalam Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight.

Menurut laporan Astro Arena, pertarungan yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, menyaksikan Aliff atau lebih dikenali sebagai Aliff Sor Dechapan menamatkan saingan menerusi knockout (KO) pada pusingan kelima.

Kemenangan itu bukan sahaja menghadiahkan Malaysia gelaran dunia pertama dalam sejarah ONE Championship, malah mengangkat Aliff sebagai antara bintang baharu paling menyerlah dalam arena Muay Thai dunia.

Pengorbanan Berbaloi

Kejayaan itu menjadi kemuncak kepada perjalanan luar biasa anak muda berusia 22 tahun dari Rantau Panjang, Kelantan ini yang sanggup meninggalkan tanah air untuk berpindah ke Bangkok dan menyertai kem latihan terkenal Sor Dechapan demi mengejar impian bergelar juara dunia.

Selepas mencipta nama menerusi siri ONE Friday Fights, Aliff berjaya memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 bersama senarai utama ONE Championship.

Beliau kemudian terus mengumpul kemenangan ke atas beberapa pencabar berprofil tinggi sebelum diberi peluang merebut gelaran dunia interim.

Bakal Bertemu Prajanchai

Dengan kemenangan itu, Aliff dijangka akan berdepan juara dunia strawweight Muay Thai, Prajanchai PK Saenchai, dalam aksi penyatuan gelaran sebaik juara berkenaan pulih daripada kecederaan.

Sebelum pertarungan berlangsung, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menzahirkan sokongan kepada Aliff dan mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada wakil negara itu.

Malam bersejarah di Bangkok itu akhirnya menjadi detik yang mengubah landskap Muay Thai negara apabila Aliff Rakib muncul sebagai rakyat Malaysia pertama bergelar juara dunia ONE Championship.

Sumber: Astro Arena

TERKINI

Sejarah Tercipta! Aliff RakibRaih Gelaran Dunia PertamaMalaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Tiga Lelaki Rohingya Ditahan Disyaki Guna Kad UNHCR Palsu Di Kota Bharu
|
Tiga lelaki etnik Rohingya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)…
Anak Abby Abadi, Marissa Dania Terkejut Terima Hadiah Satu Lori Lips Serum
|
Kalau sebelum ini ramai hanya menerima parcel satu atau…
Putera Arab Saudi Maut Di Hotel London Akibat Campuran Alkohol Dan Dadah
|
Laporan inkues di London akhirnya mendedahkan punca kematian Putera…
3 Hari Di Kelantan, Pelancong Indonesia Kongsi Senarai Tempat Menarik Wajib Singgah
|
Sejak laluan penerbangan terus Jakarta–Kota Bharu mula beroperasi pada…
Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!