Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan

Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi pengangkut dadah dalam satu sindiket pengedaran methamphetamine yang berjaya ditumpaskan polis di Johor Bahru.

Menurut laporan Bernama, remaja itu merupakan antara lapan lelaki yang ditahan dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan kira-kira jam 9 malam pada 18 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kesemua suspek terdiri daripada tujuh lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia antara 16 hingga 78 tahun.

Serbuan pertama dilakukan di kawasan parkir berhadapan sebuah hotel yang membawa kepada penahanan lima suspek termasuk remaja berkenaan dan seorang warga asing.

Polis turut merampas 50 paket plastik berisi methamphetamine seberat 60.78 kilogram yang ditemui di dalam sebuah Perodua Bezza.

Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan RM3.04 juta.

“Empat suspek terlibat dipercayai berperanan sebagai runner dan transporter serta orang kanan yang menguruskan operasi sindiket.

“Remaja itu berperanan sebagai transporter dan dikenal pasti telah diabai keluarga serta tidak bersekolah sejak Januari tahun lepas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Ketua Sindiket Turut Ditahan

Ab Rahaman berkata, tiga lagi lelaki tempatan termasuk ketua sindiket yang berusia dalam lingkungan 50-an ditahan dalam serbuan susulan di hotel sama.

Siasatan mendapati sindiket itu dipercayai mula aktif sejak Mei lalu dan menggunakan kenderaan sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Beliau berkata, tiga daripada suspek didapati positif methamphetamine, manakala empat lagi mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 19 Julai bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Ab Rahaman turut mengingatkan ibu bapa supaya memainkan peranan dalam memantau anak-anak agar tidak terjebak dengan kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Sumber: Bernama

TERKINI

Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Sektor Pertanian Sumbang RM6.1 Bilion kepada KDNK Kelantan
|
Sektor pertanian masih menjadi antara tulang belakang ekonomi negeri…
Lamine Yamal ‘Cawangan Bachok’ Kongsi Pengalaman Jadi Tumpuan Ketika Piala Dunia
|
Pemuda dari Kelantan yang menjadi tular kerana wajahnya dikatakan…
Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!