Serah IC Kepada Polis, Tiba-Tiba Pemandu Tekan Minyak Larikan Diri Di Jeli

Tindakan seorang pemandu Perodua Myvi melarikan diri selepas menyerahkan kad pengenalan kepada polis ketika sekatan jalan raya (SJR) di Jeli, akhirnya memakan diri apabila dia berjaya ditahan tidak lama kemudian.

Lebih mengejutkan, lelaki terbabit turut didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) selepas menjalani ujian saringan awal air kencing.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi Ahad di Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, suspek yang memandu dari arah Gerik, Perak menuju ke Jeli pada awalnya diarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu bertindak memecut laju dan melarikan diri selepas menyerahkan kad pengenalan kepada anggota polis.

"Maklumat kejadian kemudian disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Jeli sebelum anggota kereta peronda berjaya mengesan dan menahan kenderaan berkenaan di Kampung Bukit Lakota," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Permohonan reman juga dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, Kamarulzaman menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan polis dan memberikan kerjasama ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya.

Sumber: Sinar Harian

Anwar Dedah Pegawai TUDM Termasuk Juruterbang Terbabit Kes Penyeludupan Dadah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pegawai Tentera Udara…
Lelaki Pandu Kereta Klon Ditahan Positif Dadah Di Jeli, Ada 13 Rekod Jenayah
Seorang lelaki berusia 27 tahun yang positif dadah ditahan selepas…
86kg Dadah Bernilai RM8.3 Juta Dirampas Di Lapangan Terbang Pulau Pinang
Sebanyak 86 kilogram dadah bernilai RM8.3 juta berjaya dirampas di…
Serah IC Kepada Polis, Tiba-Tiba Pemandu Tekan Minyak Larikan Diri Di Jeli
Tindakan seorang pemandu Perodua Myvi melarikan diri selepas menyerahkan kad…
Awalnya Ditahan Tunggang Motosikal Tanpa Nombor Plat, Sekali Polis Jumpa 2,000 Pil Yaba
Cubaan seorang lelaki membawa 2,000 pil disyaki dadah jenis yaba…
Sindiket Edar Ganja Guna Kurier Tumpas Selepas Terlibat Kemalangan Di Tanah Merah
Sebuah kemalangan jalan raya di Kampung Batu 10, Batang Merbau,…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!