Video dikir barat oleh pelajar UiTM Shah Alam curi perhatian ramai

Sebuah video memaparkan sekumpulan pelajar berdikir barat dengan lagu “Cicak” tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Video yang dimuat naik oleh Armada Cakawati UiTM di akaun TikTok itu mendapat pujian ramai kerana menonjolkan semangat anak muda dalam mempertahankan seni warisan tradisional Melayu.

Antara yang mencuri perhatian netizen dalam video berkenaan adalah kehadiran seorang peserta perempuan yang turut terlibat dengan memainkan gendang ibu, peranan yang kebiasaannya diisi oleh pemain lelaki dalam persembahan dikir barat.

Kumpulan berkenaan dipercayai merupakan Kumpulan Dikir Barat UiTM Shah Alam yang dianggotai pelajar-pelajar universiti tersebut.

Ramai pengguna media sosial memuji keberanian serta bakat pelajar perempuan itu, selain menyifatkan persembahan tersebut sebagai bukti bahawa seni dikir barat kini semakin diterima pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira jantina.



Video berdurasi kira-kira dua minit itu kini meraih lebih 700 ribu tontonan dan dikongsi oleh pelbagai platform media sosial lain.



#KelantanDaily
Sumber: armadacakawatiuitm

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!